Showing posts with label Muhammad Mohd Taib. Show all posts
Showing posts with label Muhammad Mohd Taib. Show all posts

Tuesday, 3 February 2009

MUHYIDIN JANGAN SOMBONG

Sejak pemilihan diperingkat Bahagian berakhir pada Oktober 2008 lepas, tumpuan sekarang beralih ke peringkat Pusat dimana pemilihan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden serta Majlis tertinggi. Pencalunan telah pun tutup dimana kesemua jawatan akan dipertandingkan melainkan Presiden tidak ditandingi. Jawatan Timbalan adalah diantara jawatan yang terpenting
dimana penyandang secara otomatik akan menggantikan Presiden kelak. Jawatan tersebut akan menyaksikan pertandingan sengit tiga penjuru dimana Tan Sri Muhyidin Yasin, Dato Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhamad Mohd Taib berentap untuk mendapatkan satu tempat. Diantara ketiga tokoh ini, TSMY mendapat undi terbanyak. Kenyataan keras yang sering diungkapkan beliau telah memberi impak positif terhadap pencalunan. Sebagai penyandang Menteri penuh TSMY dilihat sebagai calun popular untuk menang.
TSMMT tidak boleh diketepikan begitu saja, dengan pengalaman sebagai Menteri Besar Selangor suatu ketika dulu boleh membuahkan hasil kekuatannya. Jaringan yang jitu dikalangan Selangor boleh memberi sumber kekuatan beliau sebagai "bargaining power" kepada negeri lain untuk menyokongnya. Kelicikan dan pengaturan stratigi beliau terbukti berhasil semasa beliau pernah menyandang jawatan Naib Presiden dulu.
DMAR juga dilihat sebagai calun yang boleh menggugat kedudukan TSMY dan beliau dilihat sebagai orang yang mendapat restu Presiden.
Namun begitu, ketiga-tiga mereka ini ada kekurangan yang boleh menggugat kemenangan. TSMY sering dikatakan terlalu serius dan sering tidak sehaluan dengan insipirasi Presiden. TSMMT adalah calun yang kalah didalam pemilihan Naib Presiden yang lepas yang mana sedikit sebanyak boleh memberi impak negitif terhadap pengundian.
Sebagai ADUN, peluang DMAR untuk menang agak sukar kerana kemenangan beliau akan menyusahkan pentadbiran pusat untuk peralihan tempat dari DUN ke Parlimen.
Apa yang boleh dikata sekarang kesemua calun layak bertanding dan diharapkan pertandingan ini adalah pertandingan yang sehat. Kepada TSMY hanya satu nasihat jangan sombong sangat dengan pencalunan tertinggi itu kalau nak menang senyum-senyum lah selalu..